Assalamualaikum...
Cam pelik jer kan tajuk n3 kat atas tu?Apa lak Kari Ikan Beras Sangai.Ekceli resepi kari ikan kali ni agak istimewa sket sebab menggunakan petua menjadikan Kari Ikan bertambah sedap.Iaitu dengan menambahkan secret resepi hehe beras sangai tumbuk.Memang lain benar hasilnya, kuahnya pekat dan sedap.Biasanya saya akan menggunakan bawang besar blend untuk memekatkan kari.Kali ni saya kongsikan beberapa petua untuk sedapkan kari.
Sedap kuah pekat2 camni.Bendi lupa beli..namapk bodow2 ajer huhu
Ini rupa beras sangai yg ditumbuk..ni lom siap tumbuk lagi..masih kasar2 hehe
RESEPI KARI IKAN JENAHAK
Sumber Petua : Chahaya Sheila
Resepi: LiNa Pg
2 ketul kepala ikan jenahak (kali ni guna 4ketul isi ikan jenahak)
2 paket kecil rempah kari ikan (jadikan pes)
1 sudu kecil serbuk kas-kas
1 sudu kecil halba campur
2 sudu makan cili giling
2 sudu makan gula merah
1 labu bawang besar (dihiris nipis )
6 ulas bawang merah ( tumbuk )
2 ulas bawang putih ( tumbuk )
1 cm halia ( tumbuk )
2 biji buah tomato dibelah empat
Daun kari
1sb beras (sangai)kemudian tumbuk halus
Kacang bendi
Minyak
Air asam jawa
Garam dan perasa
Air secukupnya
Cara Penyediaan:
Tumiskan bawang besar, daun kari dan halba campur hingga sedikit layu dan wangi masukkan bahan tumbuk.Tumis hingga garing.
Masukkan cili giling tumis lagi.Masukkan rempah ikan tumis hingga pecah minyak
Masukkan beras sangai yg ditumbuk halus.
Masukkan air asam jawa. Kacau sebentar.
Masukkan air ikut suka banyak mana.
Masukkan cili padi (petua menyedapkan kari).Boleh juga masukkan cili hijau yg dipatah-patahkan.
Masukkan garam & perasa, reneh sehingga kuah kelihatan pekat.
Kemudian masukkan ikan.Simbah2kan kuah ke atas ikan.Sesuaikan rasa
Masukkan kacang bendi, cili merah dan tomato.Kacau sekejap. Tutup api
No comments:
Post a Comment